dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Aplikasi Robotic LEGO

29 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 28 Mei 2016 – Bengkel Aplikasi Robotic LEGO telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Komuniti Presint 9 Fasa 10 pada 28 Mei 2016 yang lalu. Bengkel ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PI) Putrajaya. Bengkel Robotics ini merupakan kesinambungan daripada Program Smart Community @ Komuniti Pintar oleh MCMC. Pusat Ekonomi Digital Linggi turut terpilih untuk menyertai bengkel ini diwakili oleh Pengurus Puan Yusaini Binti Md Yusof bersama-sama dengan 3 orang peserta yang juga dari Linggi.

Peserta dipilih berdasarkan minat dan potensi mereka, yang berumur 13 tahun sehingga 16 tahun. Pada awal bengkel peserta diberi penerangan ringkas oleh tenaga pengajar Encik Afiq dari sasbadi, tenaga pengajar menerangkan mengenai teknologi Robotics menggunakan Lego dan komponen-komponen yang terdapat pada robot tersebut yang membolehkan robot itu bergerak. Selesai sesi penerangan, peserta diajar menggunakan applikasi robotic, di mana peserta boleh memprogramkan robot tersebut seperti dikehendaki mereka. Di Penghujung bengkel, satu pertandingan tarik tali diantara robot diadakan untuk menguji robot peserta yang sudah diprogramkan dan diubahsuai mengikut citarasa peserta.

Program seperti ini amat bagus dijalankan kerana ia boleh merangsang minat anak muda dalam bidang robotic dan di samping itu, program ini mampu meningkatkan kreativiti para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.